Paling Mudah !! Inilah Cara Supaya Jantung Kekal Sihat dan Kuat

Inilah Cara Supaya Jantung Kekal Sihat dan Kuat – Jantung adalah salah satu organ tubuh yang sangat penting bagi manusia. Bagaimana tidak, jantung berfungsi mengepam aliran darah ke seluruh tubuh selama 24 jam setiap hari.

Oleh kerana peranannya tersangat penting, maka organ yang satu ini perlu dijaga kesihatannya. Selain untuk menjaga daya kerja jantung tetap optimal, menjaga kesihatannya juga oleh mencegah dari serangan berbagai macam penyakit jantung.
(Baca Juga : Tips Cara Mencegah penyakit Jantung )
Seperti yang sudah diketahui sebelumnya, bahawa penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang paling banyak menelan korban jiwa.
Banyak faktor yang mengakibatkan seseorang terkena penyakit jantung, salah satunya gaya hidup yang tidak sihat, seperti merokok, kurang senaman atau bersukan, dan banyak memakan makanan yang berlemak.
Oleh kerana itu, anda harus menerapkan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan jantung. Anda boleh mulakan dari perkara yang mudah, seperti contohnya amalkan makanan sihat, bersukan dengan teratur, dan juga menerapkan gaya hidup sihat yang lainnya.
Untuk lebih memahami organ tubuh yang satu ini, anda boleh menyimak beberapa ulasan mengenai Cara Supaya Jantung Tetap Sihat dan Kuat di bawah ini.
  1. Berhenti Merokok

Tentunya sudah tidak asing lagi bagi kita, jika merokok dapat membahayakan kesihatan jantung. Dalam berbagai kajian disebutkan bahawa merokok dapat meningkatkan serangan jantung hingga 80 peratus.
Ini disebabkan oleh asap rokok yang mampu meningkatkan kolesterol jahat serta meningkatkan risiko terjadinya penggumpalan darah.
  1. Sukan
Cara yang selanjutnya iaitu rajin melakukan senaman. Setidaknya meluangkan waktu 2 jam setiap minggunya untuk melakukan olahraga dipercaya mampu mengurangi risiko terkena penyakit jantung hingga 60 peratus. Para pengkaji menyimpulkan jika bersukan, ia dapat melatih daya fungsi otot-otot jantung.
  1. Minum Air Putih
Minum air putih secara teratur dipercayai mampu menjaga kesihatan jantung anda. Dalam berbagai kajian disebutkan bahawa air putih boleh mencairkan darah sehingga dapat mencegah terjadinya penggumpalan darah.
Bahkan dalam kajian yang lainnya juga menyebutkan jika seseorang minum air putih sedikitnya 8 gelas perhari boleh menurunkan risiko serangan jantung hingga 54 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang tidak melakukannya.
  1. Minum Teh
Minum teh sangat bermanfaat bagi kesihatan jantung. Dalam sebuah kajian diungkapkan bahawa minum teh tiga kali sehari boleh menurunkan risiko terkena penyakit jantung hingga 50 peratus.
Kadar flavonoid yang terkandung dalam teh boleh menjadi antioksidan semulajadi yang berguna untuk melindungi jantung dari berbagai macam penyakit.
  1. Menurunkan Berat Badan
Berat badan berlebihan sudah terbukti juga mempengaruhi kesihatan jantung. Kelebihan berat badan boleh menyebabkan daya fungsi jantung lemah kerana kelebihan lemak dalam tubuh.
( Baca Juga : 5 Jenis Makanan sihat Untuk Diet Jantung )
Dalam sebuah kajian disebutkan jika menurunkan berat badan antara 10 hingga 20 paun boleh mengurangk risiko kematian akibat serangan jantung.
  1. Makan buah tembikai
Buah berwarna merah ini mengandungi senyawa lycopene 40 peratus lebih banyak berbanding tomato. Kajian menyimpulkan jika senyawa lycopene tersebut mampu melindungi jantung dari berbagai macam serangan penyakit.
  1. Kurangkan penggunaan garam
Perhatikan makanan yang anda konsumsi, kerana mengonsumsi garam secara berlebihan dapat meningkatkan tekanan darah.
Jantung akan bekerja dengan cepat jika tekanan darah dalam tubub kita meningkat sehingga membahayakan kesihatan jantung.
  1. Bersantai
Mungkin masih belum banyak yang mengetahui jika bersantai dapat menjaga jantung agar tetap sihat dan kuat. Hal ini sudah dibuktikan oleh para pengkaji jika bersantai mampu memperlancar peredaran darah di dalam tubuh.
Dalam kajian lainnya juga mengungkapkan jika terlalu stres boleh mengakibatkan terjadinya penyempitan pembuluh darah arteri yang boleh memperburuk keadaan kesihatan jantung.
(Baca Juga : langkah-langkah mengobati penyakit jantung secara alami )
Itulah beberapa Cara Supaya Jantung Tetap Sihat dan Kuat. Dengan adanya informasi ini diharapkan anda semakin prihatin dengan kesihatan jantung.
Kerana dengan memiliki jantung yang sihat dan kuat maka aliran darah menjadi lancar sehingga aktiviti organ dalam tubuh bekerja dengan normal dan tentunya tubuh akan kekal sihat.

Tags: alternatif ubat penyakit jantungCara mencegah penyakit jantungciri-ciri penyakit jantungfaktor penyakit jantunggejala penyakit jantung lemahjenis buah untuk mengatasi jantung.




BACA JUGA : 






<< TOLONG 'SHARE'KAN!! >>

1 comment:

  1. The sands casino | The sands casino
    The sands casino · Visit our 메리트 카지노 website to septcasino download the latest versions of 인카지노 our casino. · Visit our website to download the latest versions of our casino. · Visit our website to download

    ReplyDelete