Diserang sakit gigi kedengaran tidak begitu merisaukan kepada keadaan kesihatan. Hampir semua orang pernah mengalami rasa berdenyut dalam mulutnya.
Tapi jangan sangka, walaupun hanya sakit gigi, kesannya begitu besar pada kehidupan seharian kita. Sebab, ketika sakit gigi menyerang, maka segala aktiviti akan terasa tidak selesa dan menyiksakan.
Dipetik dari Reader's Digest, berikut ini adalah cara mengubati sakit gigi menggunakan bahan-bahan yang mudah dijumpai dalam rumah anda.
Minyak Cengkih
Cengkih adalah ubat tradisional untuk mematikan saraf. Bahan kimia utama yang terdapat dalam rempah-rempah ini adalah eugenol, anestesi semulajadi.
Tuangkan minyak pada kawasan yang sakit secara langsung akan memburukkan rasa sakit jika terkena pada gusi sensitif atau di lidah. Sebaliknya, letakkan dua titis minyak cengkih pada bola kapas dan tampalkan pada gigi hingga rasa sakit berkurangan.
Dalam keadaan darurat, boleh juga menggunakan sedikit serbuk cengkih atau cengkih pada gigi yang sakit. Kunyah cengkih sedikit untuk mengeluarkan minyaknya dan letak di tempat sakit selama setengah jam atau hingga rasa sakit reda.
Pasta Halia dan Cabai
Campurkan halia dan serbuk cabai dengan air secukupnya kemudian gaul hingga membentuk gumpalan pasta. Gunakan bola kapas kecil untuk menampallkan pasta tersebut, dan letak pada gigi yang terasa sakit. Hindarkan gusi dan lidah untuk mengelakkan rasa tidak selesa akibat panas. Diamkan bola kapas hingga rasa sakit mulai reda atau selama boleh menahan rasa panas yang disebabkan oleh pasta tersebut.
Dapat juga dicuba rempah-rempah ini secara berasingan, kerana keduanya merupakan ubat penghilang rasa sakit yang kuat. Komponen kimia utama cabai telah ditemui boleh membantu menghalang isyarat sakit sampai ke otak.
Teh Peppermint
Teh peppermint memiliki rasa yang baik dan beberapa kekuatan mematikan. Dengan memasukkan satu sendok teh daun peppermint kering dalam satu gelas air dan tunggu selama 20 minit. Setelah teh sejuk, letakkan teh tersebut di sekitar di mulut, kemudian buang atau menelannya terus.
Zat tanin dalam teh hitam yang kuat dapat membantu mengatasi sakit dengan mengurangkan pembengkakan. Untuk ubat tradisional lain, kantung teh basah yang hangat terhadap gigi yang sakit untuk bantuan sementara.
Air Garam
Satu sendok garam yang dilarutkan dalam air baik untuk menjadi ubat kumur ketika sakit gigi menyerang. Di samping itu, berkumur dengan air garam akan membuang kuman-kuman yang melekat pada gigi dan mengurangkan peradangan.
Ulangi berkumur sekerap mungkin untuk mendapatkan kesan sembuh yang maksimum.
Ais
Menurut lagenda, dengan mengurut antara ibu jari dan telunjuk menggunakan air batu akan meredakan rasa sakit pada gigi. Ini mungkin disebabkan oleh saraf di jari mengirimkan signal dingin ke otak sehingga menghalang signal sakit yang dihantar oleh gigi.
Tempatkan ais batu kecil di kantung plastik, bungkus kain tipis sekitar kantung dan tampalkan pada gigi yang sakit selama sekitar 15 minit untuk mematikan saraf. Atau jika sukar, tempatkan kantung tersebut di pipi yang letaknya tepat dengan gigi yang sakit.
BACA JUGA :
{{TOLONG 'SHARE'KAN}}
No comments:
Post a Comment