Sungguh menakjubkan teknik yang satu ini. Dan saya pasti ramai yang tidak tahu langsung. Kenyataannya, dengan hanya menggosok jari selama 60 saat sahaja, anda akan dapat hasil yang sangat luar biasa! Dan teknik ini tidaklah terhad kepada jari telunjuk sahaja, malah boleh dilakukan pada semua jari anda. Cubalah!
Ibu jari
Menggosok atau mengurut ibu jari anda selama enam puluh saat baik untuk jantung dan paru-paru. Ia boleh membantu dalam penyembuhan dari sesak nafas dan sesak akibat sejuk. Ia juga boleh menangani isu-isu jantung serta apa saja yang berkaitan dengannya.
Ia bukan hanya untuk menunjukkan isyarat lu*ah kepada pemandu di depan anda yang membelokkan kenderaan mereka sesuka hati dan tanpa menghidupkan lampu isyarat membelok! (Faham ke... hihi) Jari tengah anda itu sebenarnya dihubungkan insomnia dan ketenangan fikiran. Jika anda berjaga sehingga lewat malam dan tidak boleh tidur atau rasa tidak selesa, gosokkan jari tengah untuk 60 saat. Ia akan membantu membuatkan anda selesa.
Jari manis
Dengan menggosok jari manis anda, anda membantu memudahkan nod limfa yang sihat. Sistem limfa bertanggungjawab untuk menggerakkan enapcemar toksik dari badan kita melalui organ-organ penapisan badan. Menggosok jari manis membantu sistem limfa yang sihat.
Jari kecil
Jika anda rasa sakit di leher yang tidak dapat disembuhkan dengan lawatan singkat di klinik, cuba mengurut jari anda selama satu minit. Jari kecil anda dan tapak tangan disambungkan kepada saraf anda, dan dengan menggosok pada jari tersebut, anda akan menenangkan saraf anda. Ini membantu melegakan leher dan sakit belakang.
Jari telunjuk
Menggosok jari telunjuk selama 60 saat membantu melegakan masalah dengan perut dan usus besar. Jika anda mengalami IBS, cirit-birit, sembelit, pedih hulu hati, atau apa-apa isu, jari telunjuk adalah panduan anda untuk penyembuhan.
BACA JUGA :
<< TOLONG 'SHARE'KAN!! >>
No comments:
Post a Comment