KAWAL STRESS!! JIKA TIDAK IA AKAN ROSAKKAN SISTEM PERUT ANDA.. INI BUKTINYA

Stress adalah satu perkara yang selalu berlaku pada  setiap manusia yang berpunca dari pelbagai masalah dan perkara. Bahanya, ia boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Namun jika hanya sedikit sahaja stressnya, agak mudah untuk melegakannya. Teetapi andai stress tersebut begitu berat dan tidak terlalu teruk, berpanjangan maka sebaiknya kita perlu berhati-hati kerana banyak penyakit yang akan muncul diakibatkan daripada stress tersebut. 


Mungkin kita pernah hadapi satu keadaan yang membuatkan kita rasa begitu takut, cemas dan gelisah, maka biasanya perut kita akan terasa memulas, keluar peluh dingin dan susah fokus serta fikiran jadi tegang. Itulah beberapa tanda kita mengalami stress sehingga mempengaruhi kesihatan kita terutama berkaitan erat dengan gangguan perut atau pun sistem pencernaan.

7 gangguan perut disebabkan stress karena stress, organ tubuh kita di bahagian perut termasuk usus memiliki saraf-saraf yang berhubung dengan otak dan menurut penelitian 95% serotonin dalam tubuh atau hormon yang berperanan untuk mengatur suasana hati dapat bertemu di dalam sistem pencernaan kita.

Tidak hairan jika waktu kita stress maka perut kita yang mulai mengalami gangguan seperti memulas dan lain-lainnya akibat meningkatnya asid gastrik selain itu terjadinya gangguan kontraksi organ pencernaan dan mengurangnya enzim pencernaan serta terganggunya aliran darah menuju sistem pencernaan.

Ini pula antara beberapa kesan yang akan timbul akibat dari stress yang dialami seseorang pada kesihatan sistem pencernaan dalam perut:


  1. Stres dapat memicu meningkatnya produksi asid gastrik di dalam perut sehingga kesannya perut kita akan terasa mulas.
  2. Waktu seseorang mengalami stress maka sistem pencernaan akan terganggu dan jika semakin teruk dan berpanjangan akan dapat mengakibatkan terjadinya gangguan kesihatan akut (sementara) akibat dari terganggunya keseimbangan asid serta cairan di dalam sistem pencernaan.
  3. Stress yang dibiarkan berpanjangan dapat meningkatkan risiko seseorang mengalami sindrom gangguan usus besar.
  4. Stress yang terjadi pada seseorang mengakibatkan terganggunya kegiatan dalam perut untuk proses mencerna dan akibatnya seseorang akan mengalami loya.
  5. Stress dapat memicu terjadinya ketegangan pada kerongkong sehingga boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami kekejangan.
  6. Stress dapat membuat seseorang mengalami penurunan daya tahan tubuh di dalam sistem pencernaan perut sehingga mengakibatkan seseorang akan mudah terkena penyakit terhadap jangkitan di perut.
  7. Stress akan sangat mempengaruhi sistem pencernaan terutama usus sehingga seseorang yang mengalami stress akan lebih mudah mengalami gangguan kesihatan seperti diarrhea dan sembelit.

Itulah beberapa kesan yang timbul pada sistem pencernaan perut disebabkan oleh berlakunya stress, namun kita boleh mencegah dengan mengambil banyak makanan yang mengandung banyak serat serta melakukan relaksasi agar kita boleh terhindar dari stress yang membawa kesan buruk kepada sistem pencernaan kita. 


BACA JUGA : 






Waspada serangan jantung pada anak muda
<< TOLONG 'SHARE'KAN!! >>

No comments:

Post a Comment