Mandi Ketika Berpeluh Boleh Tumbuhkan Panau di Kulit? Ini Kata Doktor

Setelah beraktiviti, biasanya kita akan terus mandi tanpa mengeringkan peluh terlebih dahulu agar tubuh menjadi segar. Namun ada yang berpendapat bahawa kebiasaan ini boleh membuatkan kulit ditumbuhi panau.


Perkara ini bagaimanapun dibantah oleh seorang pakar kulit dan kelamin di EDMO Clinic Jakarta, Dr Eddy Karta, SpKK. Menurutnya informasi yang mengatakan bahawa mandi ketika berpeluh akan menyebabkan panau adalah sama sekali tidak benar

Dr. Eddy menjelaskan, keadaan panau pada kulit disebabkan oleh kulat yang bernama malasezzia furfur. Kulat tersebut mengganggu proses pigmentasi normal sehingga menimbulkan perubahan warna atau belang pada kulit. Kawasan yang paling kerap dihinggap kulat tersebut adalah leher, punggung atas, dada, wajah dan bahu. Jika tidak segera dirawat, jangkitan ini makin lama akan membesar dan tersebar ke kawasan di sekitarnya. 

Kulat ini berkembang biak disebabkan faktor-faktor lain, bukan kerana mandi ketika berpeluh. Beberapa faktor tersebut di antaranya ialah kelembaban kulit yang terlebih, kadar minyak yang meningkat seperti penggunaan bahan berminyak pada produk tubuh, dan kecenderungan genetik kulit seseorang yang mudah ditumbuhi kulat.
"Mandi pada ketika sesudah berpeluh sebetulnya baik kerana ia akan menekan pertumbuhan organisma patogen dan mengatur kadar minyak dan kelembaban kerana setelah mandi tubuh bersih dan kering," kata Dr. Eddy lagi kepada detikHealth dan disiarkan pada Rabu (10/2/2016).

Oleh kerana itu, panau akan tumbuh di kulit jika anda berpeluh dan tidak segera mengganti baju yang basah akibat keringat tersebut. 

"Ya, risiko panau muncul kalau baju yang basah tidak diganti dan dibiarkan lama dipakai sehingga kering kembali di badan," tambahnya.

Baca juga: Supaya Tidak Dijangkiti, Segera Gantikan Pakaian Usai Olahraga

No comments:

Post a Comment