PENTING!!! FAKTA TENTANG CUCI DARAH YANG WAJIB ANDA TAHU ((KONGSIKAN))

Dalam istilah perubatan, cuci darah dikenali dengan istilah hemodialisis. Kaedah ini dilakukan sewaktu ginjal atau buah pinggang sudah tidak mampu menjalankan fungsinya, yang dikenali dengan istilah gagal ginjal. Hemodialisis merupakan kaedah cuci darah yang dilakukan dengan membuang cairan berlebihan dan zat yang berbahaya bagi tubuh. Hemodialisis dilakukan menggunakan alat atau mesin dialisis. Sebuah alat yang berfungsi untuk menggantikan fungsi ginjal yang rosak.


Gagal ginjal pula terbahagi kepada dua, iaitu gagal ginjal akut dan kronik. Pada kondisi gagal ginjal akut, gangguan fungsi ginjal hanya terjadi pada sementara waktu sehingga hemodialisis hanya akan dilakukan hingga fungsi ginjal kembali pulihk. Berbeza dengan keadaan gagal ginjal kronik dimana fungsi ginjal rosak secara kekal. Hal ini mengakibatkan hemodialisis harus dilakukan seumur hidup.

Kaedah hemodialisis perlu dilakukan waktu terjadi gangguan ginjal kerana ginjal berfungsi sebagai pembersih darah dari macam-macam cairan dan elektrolit berlebihan hingga kepada sisa-sisa zat yang boleh membahayakan tubuh. Bukan itu sahaja, ginjal juga menghasilkan hormon yang penting dalam proses metabolisma tubuh serta merangsang pembentukan sel darah merah. Maka boleh dibayangkan jika ginjal rosak maka keadaan ini dapat membahayakan tubuh.
Cairan dan zat berbahaya yang terkumpul itu bagi penderita gagal ginjal dapat menyebabkan kematian. Kerana keadaan inilah cuci darah perlu dilakukan untuk menggantikan fungsi ginjal. Kaedah cuci darah dilakukan melalui beberapa aktiviti, mulai dari mempersiapkan pembuluh darah sebagai akses masuk untuk diproses pada alat dialisis.
Dalam proses cuci darah, diperlukan pembuluh darah yang besar seperti yang terletak pada pangkal paha dan lengan. Akan ada dua pembuluh darah yang digunakan dalam proses cuci darah. Pembuluh arteri akan digunakan sebagai akses keluarnya darah kotor ke dalam mesin. Sebaliknya, pembuluh vena akan menjadi jalan masuk darah bersih yang keluar dari mesin dialasis. Cuci darah akan disesuaikan dengan kerosakan ginjal yang dideritai oleh pesakit.


Di dalam mesin dialasis akan terdapat cairan khusus bernama dialysate yang mengandungi cairan dan formula khusus. Dialysate berfungsi untuk menyerap zat yang tidak diperlukan serta menambah mineral atau elektrolit yang dirasa kurang. Komposisi dyalisate ini dapat berubah-ubah sesuai dengan keadaan cairan dan darah pesakit yang menjalani cuci darah. Keadaan cairan dan darah pesakit ditentukan dari hasil pemeriksaan yang dilakukan sebelum melakukan cuci darah. Setelah ditapis oleh mesin dialasis, darah bersih akan dipam masuk ke dalam tubuh melalui pembuluh vena.


BACA JUGA : 






<< TOLONG 'SHARE'KAN!! >>

No comments:

Post a Comment