Benarkah Kopi Boleh Menyebabkan Sakit Jantung?


Kopi merupakan salah satu minuman yang disukai oleh sebahagian besar masyarakat tanah air. Kopi sangat sedap untuk diminum waktu bersantai bersama teman-teman atau keluarga, diminum di pagi hari untuk menambah semangat sebelum bekerja, atau diminum sewaktu kita kehabisan idea dan ingin menyegarkan fikiran. Sayangnya, ada mitos yang menyebutkan bahawa minum kopi boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung. 

Apakah perkara ini benar?

Ada cukup banyak mitos yang dipercayai masyarakat tentang penyakit jantung dimana salah satunya adalah minum kopi boleh menyebabkan penyakit jantung. Sayangnya, mitos ini belum tentu benar.

Mitos tentang minum kopi

Kandungan kafein yang tinggi di dalam kopi disebut-sebut boleh menyebabkan penyakit jantung, khususnya bagi penghidap darah tinggi. Meminum kopi yang tidak pekat dan tidak yang dicampur gula atau susu dengan berlebihan sebanyak 1 atau 2 sudu dalam sehari tidak akan memberikan kesan kepada tekanan darah atau meningkatkan penyakit jantung. Hanya jika, kita memang memiliki masalah aritmia atau gangguan irama jantung, kemungkinan kafein pada kopi memang mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan jantung.

Orang cemas punya penyakit jantung

Mereka yang mudah cemas atau mengalami jantung berdebar-debar akibat terkejut selalu disangkakan memiliki penyakit jantung. Walhal, perkara ini adalah tidak benar. Jantung akan bertindakbalas terhadap terkejut dengan berdenyut lebih cepat dari biasanya dan ia sebenarnya adalah normal.

Sesak pada dada adalah tanda dari angin duduk

Banyak orang yang berpikir jika sesak pada dada adalah tanda dari penyakit angin duduk yang tinggal diatasi dengan cara kerokan. Padahal, jika gejala seperti nyeri pada dada, sesak nafas, dan keringat dingin muncul, bisa jadi ini adalah tanda-tanda dari penyakit jantung yang sebaiknya segera diperiksakan ke dokter agar tidak berlanjut menjadi serangan jantung yang mematikan.


No comments:

Post a Comment